Mengenai Saya

Foto saya
Setiausaha Wanita UMNO Cawangan Merak Mas merangkap editor untuk blog ini.

Rabu, 15 Februari 2012

Catatan Percutian Musim Salju

Assalamualaikum semua pembaca,
 
Semua orang suka cuti dan semua orang suka bercuti... samada dalam negara ataupun luar negara.... kalau diberi peluang semua nak ke luar negara. Tapi memandangkan kos yang perlu dikeluarkan bukan semua orang berkemampuan kan.
 
 
Saya bukanlah nak cakap yang saya ni berkemampuan sangat tapi bila hati dah teringin tuu.. kene kuatkan semangat untuk menabung dan seterusnya menyempurnakan hajat kami sekeluarga, hajat anak-anak yang ingin melihat salji dan merasa kedinginan musim dingin disana.
 
Memang kalau nak ke negara omputeh susah sikit arr sebab belanja yang dikeluarkan terlalu tinggi dan jika nak menunggu kemampuan kami lambat arr lagi so the nearest place yang ada salji adalah Korea.
 
Melihat negara orang dan merasai keindahan ciptaan Allah merupakan niat kami supaya kami sentiasa bersyukur dan kagum dengan ciptaan Allah. Ya Allah, sungguh besar keagunganMu, kekuasaanMu hingga boleh mencipta salji yang memutih bak kapas... tetapi dingin.... semoga kami terus menjadi hambaMu yang bersyukur... amin..
 
PROLOG
 
Percutian kami ini memang dirancang awal tahun lagi... cadang nak ikut Muslim Trip sebab kalau kiter kenegara yang didominasikan oleh bukan Islam memang payah nak cari makanan halal. So kire macam citer Rasa Halal Asia laa giteww.... hehehe.
 
So ikut muslim trip kite berada di zon selamat sebab sudah tentu akan dibawa ke restoran halal sepanjang kami disana. So tak ya la nak bawak banyak sangat mee segera dan juga roti yang akan memberatkan beg kami... ala kadar jer laa.
 
So untuk percutian kali in kami hanya pergi berlima sahaja kerana Nawwal tak dapat turut serta kerana baru jer menghabiskan SPM nya... dah ajak tapi die tak nak...
 
Kos yang terlibat ? rasanya tak ya lah nak kasi tau kot sebab nanti kata nak show off pulak... itu korang kenelah carik sendiri dari tour agent... untuk trip kami nii kami ikut PNL Travel yang beribupejabat di KL. So boleh semak sendiri kos untuk ke sini kalau pi musim sejuk.... PNL ini adagak laman web sendiri . Banyak gak dorang aturkan tour kenegara2 lain .... boleh semak yer...
 
So our trip bermula 20 Disember hingga 25 Disember 2011... memang masa tu tengah winter dan suhu yang dijangka adalah dibawah paras beku -10 gitew... sejuuuukkkk ooooo... juga dijangkakan snow akan turun sewaktu lawatan kami disana....
 
Day 1 - 20 Disember 2011 (Selasa)
 
Mengikut jadualnya, flight kami jam 10 malam, so kami perlu berada di KLIA jam 8 malam utk check in... Siap packing petang tuu so kami kene gerak sebelum maghrib dan maghrib dulu kat highway .....
 
Utk ke KLIA kami minta pak cik Mail hantarkan.... so selepas siap semua kami ke KLIA...... Masa di Seremban utk solat, tour guide ada call bertanyakan lokasi dan sebab nak bagi tau yang semua yang lain dah check in tinggal kuarge kami jer..
 
Well biasala... kene rush dan sampai2 terus check in...

 
 
Lepas check in kami ada banyak masa soo baru ler nak isi perut dulu. Gi cari tempat makan , ngeteh dulu....
 



 
 
So lepas tu terus gi boarding.... nak meet dengan others yang gi trip yang sama.... berkenalanla lebih kurang...
 
So penerbangan dijangkakan 6 jam dan akan sampai jam 5 pagi esok nya di lapangan terbang Incheon Korea....